Tuesday, March 3, 2009

Berita tergempar!! (khas buat lelaki rejoice)






Petaling Jaya, 3 Mac - Satu peristiwa misteri telah dilaporkan di Taman Subang Indah dan telah menggegarkan penduduk kawasan setempat!!! Satu objek yang tidak dikenali telah dijumpai di atas topi keledar Optimus Prime!!! Kemunculan objek yang mencurigakan itu telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dan turut menibulkan pelbagai spekulasi terutama oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenal sebagai "lelaki rejoice". Menurut beliau, nama samaran itu bukanlah kerana beliau seorang lelaki yang lembut tetapi kerana rambutnya yang beralun seperti model iklan syampoo (rambut sahaja, tidak termasuk fizikal lain). Beliau melaporkan bahawa sejak petang semalam , belliau telah kehilangan satu objek kesayangan beliau dan turut memberi sedikit gambaran tentang objek tersebut. Peliknya, gambaran yang diberikan benar-benar menyerupai objek yang ditemui di atas topi keledar itu!! Persoalan seperti, adakah objek tersebut berkaitan dengan lelaki rejoice ini??? atau adakah Optimus Prime hanya mahu mengikut trend masa kini dengan memakai objek tersebut??? hmm...persoalan yang tiada jawapan...Jadi, marilah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab berdoa dan memohon kepada Yang Satu supaya merungkaikan segala persoalan yang timbul ini dengan segera...Semuanya semata-mata demi kepentingan dan keselamatan anak-anak bangsa...Sekian..

2 comments:

  1. lelaki rejoice?... korg semua sama..semua dengki dkt aku... sengaja jer sorokkan cekak rambut tuh... pastu suruh aku merayu kat korang nk dapatkan balik cekak tuh...jahat giler... aku berdendam...huh...

    ReplyDelete
  2. sukati aq r...hahahahah...kn aq dh ckp...ade ubi ade batas...ada hari mmg aq balas!!!

    ReplyDelete