Thursday, March 26, 2009

terfikir

OK..tajuk br hari ni, "pernahkah kamu terfikir?" hmmm...pk ape? pk pape je la...ttg ms lampau...sekarang...ms dpn...ape2 je...tujuan aku tulis entri ni sbb aku sering terfikir ttg diri aku sendiri...tentang cita-cita...tentang hidup aku yg akan dtg...ape yg aku nk ckp sbnrnye ialah sejak kebelakangan ni aku sering terfikir kan tentang ape yg aku dh lakukan spjg hdup aku...secara jjrnye aku mengaku, aku xprnh sangka hidup aku di peringkat ini...seorg yg dewasa, bakal mendapat ijazah, dan mendapat kwn2 yg sgt baik dan setia..sentiasa mendorong aku...walaupun aku tahu, ade juga ms2 mereka mengutuk aku dr belakang tp aku x amik port sgt sbb aku pn kdg2 wat cmtu...jd aku minx maaf...

aku juga xsangka bahawa yg skrg ni aku mampu mempunyai wang sendiri...br skrg aku fhm betapa sshnye utk mencari wang menyara hidup sendiri...aku xdilahirkan dlm keluarga yg ssh namun family aku juga bkn la seorg yg kaya raya...kami hidup serdehana..tp abah dan mama sentiasa memastikan kami adik beradik mendpt yg terbaik...bukanlah dimanjakan...tp utk memastikan kehidupan kami lebey baik dr kehidupan mereka dahulu...kdg2 aku terfikir...mcm mn seorg ibubapa boleh mendidik anak-anak die menjadi baik...bukan kerja mudah...aku terfikir sbb aku tahu 1 hari nnt aku pn akan mempunyai keluarga sendiri...

dengan persekitaran dunia sekarang, byk2 bde2 yg xbaik boleh berlaku kalo x dijaga dgn baik...aku bkn nk ckp aku baik...aku byk sgt kelemahan..byk kesalahan yang aku sendiri aku xsgka mmpu buat...aku terfikir, bile aku ddk sorg2 samada dosa2 aku akan dimaafkan?WALLAHUA'LAM...tp aku tahu...aku bkn insan yg baik...byk sgt bde slh aku dh buat...kdg2 aku rs bersalah sgt smpi aku menangis...takut dgn kehidupan aku slps mati...pd ms tu xde sape yg dpt tlg aku lg melainkn amal dan ibadat...hidup mmg byk cabaran...smpi kdg2 aku pn xmmpu nk tepis dan hanyut dgn nikmat dunia...aku respect dgn kwn2 aku yg mampu menguruskan diri mereka dgn betol..kalo dikurniakan rezeki seorg anak kepada aku 1 hr nnt, aku xnk die jd cm aku...aku nk didik die..nk ajr die...jd insan yg baik...yg berguna...walaupun aku tahu sume tu ssh...kini, aku hanya mengharapkan kemaafan dari yang Maha Esa serta dari ibu dan bapa ku...maafkan lah aku...

Tuesday, March 3, 2009

Berita tergempar!! (khas buat lelaki rejoice)






Petaling Jaya, 3 Mac - Satu peristiwa misteri telah dilaporkan di Taman Subang Indah dan telah menggegarkan penduduk kawasan setempat!!! Satu objek yang tidak dikenali telah dijumpai di atas topi keledar Optimus Prime!!! Kemunculan objek yang mencurigakan itu telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dan turut menibulkan pelbagai spekulasi terutama oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenal sebagai "lelaki rejoice". Menurut beliau, nama samaran itu bukanlah kerana beliau seorang lelaki yang lembut tetapi kerana rambutnya yang beralun seperti model iklan syampoo (rambut sahaja, tidak termasuk fizikal lain). Beliau melaporkan bahawa sejak petang semalam , belliau telah kehilangan satu objek kesayangan beliau dan turut memberi sedikit gambaran tentang objek tersebut. Peliknya, gambaran yang diberikan benar-benar menyerupai objek yang ditemui di atas topi keledar itu!! Persoalan seperti, adakah objek tersebut berkaitan dengan lelaki rejoice ini??? atau adakah Optimus Prime hanya mahu mengikut trend masa kini dengan memakai objek tersebut??? hmm...persoalan yang tiada jawapan...Jadi, marilah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab berdoa dan memohon kepada Yang Satu supaya merungkaikan segala persoalan yang timbul ini dengan segera...Semuanya semata-mata demi kepentingan dan keselamatan anak-anak bangsa...Sekian..